Wednesday, May 19, 2010



Alhamdulillah..Mudahnya mengaji dengan menggunakan alat ini........

YOU CAN READ




Bahan pengajaran dalam Bahasa Inggeris yang digunakan guru bagi memudahkan kanak-kanak dalam pembelajaran dan pengajaran.

MESIN IQRA


Pihak JPNT mengagihkan mesin i-IQRA di setiap Prasekolah.Mesin ini memudahkan kanak-kanak belajar dengan berkesan dan menarik minat mereka.

Tuesday, May 18, 2010

Karnival Prasekolah



hu yo....pandainya adik-adik prasekolah menari..lentok molek tubuh...

Lawatan Pasukan Kesihatan

Lawatan unit kesihatan dari klinik Sungai Tong telah memberi pendedahan dan penerangan berkaitan penjagaan gigi kepada kanak-kanak Prasekolah serta menunjukkan cara menggosok gigi dengan cara yang betul.

Sukan Tahunan



Pada awal tahun kanak-kanak Prasekolah turut terlibat dengan aktiviti sukan tahunan sekolah.Sukaneka bagi kanak-kanak Prasekolah turut dipertandingkan acara mengisi air dalam botol dan membawa bola ping pong dalam sudu.

Sambutan Hari Lahir



Setiap tahun kanak-kanak Prasekolah tidak ketinggalan menyambut majlis hari lahir.Sambutan hari lahir diraikan 3 kali dalam setahun.Mereka juga turut menerima hadiah daripada pihak Prasekolah.

Hasil Kerja Prasekolah



Hasil kreativiti dan estetika kanak-kanak Prasekolah.Pelbagai hasil yang dapat dilihat melalui daya imaginasi masing-masing.Setiap hasil kerja yang dihasilkan dipamerkan di dalam kelas Prasekolah.

Minuman Percuma


Jom minum milo!! best nyeer.....lain kali datang lagi.

Monday, May 17, 2010

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN PADA TAHUN 2009

Majlis Graduasi kanak-kanak Prasekolah turut terlibat pada tahun 2008 yang berlansung di Sk Sungai Tong.Kanak- kanak menerima sijil dan hadiah daripada pihak sekolah.



Karnival pertandingan mewarna Peringkat Daerah Setiu yang berlansung pada 2 Ogos 2009 bertempat di Sk Saujana Setiu.Setiap kelas Prasekolah dikehendaki menghantar 3 orang wakil.Tujuan pertandingan ini adalah untuk memilih peserta yang akan mewakili Peringkat Negeri Terengganu.





Majlis khatam Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu.Prasekolah Sk Sungai Tong turut menghantar wakil ke majlis khatam Al-Quran yang berlansung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak Kuala Terengganu.





Perkhemahan kanak-kanak Prasekolah bertempat di Pusat Kokurikulum Besut selama 3 hari 2 malam.Pelbagai aktiviti disediakan bagi melancarkan perjalanan





Pendidikan PraSekolah

Falsafah Pendidikan Prasekolah

Lima aspek yang ditekankan:

1. Memeperkembangkan potensi kanak-kanak secara berterusan dari segi rohani,jasmani dan intelek

2. Mendidik dari peringkat awal

3. Pembelajaran dijalankan secara tidak formal

4. Menekankan Perkembangan fizikal

5. Menekanklan pendidikan ketatanegaraan untuk membentuk asas peribadi kanak-kanak untuk melahirkan insan yang berguna kepada bangsa dan negara


Matlamat

*Matlamat pendidikan Prasekolah adalah untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek pertubuhan dan memperkembangkan diri secara menyeluruh dan bersepadu.


Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti yang dirancang melibatkan 9 bidang;-

1.Pendidikan Ketatanegaraan

2.Pendidikan islam

3.Pendidikan Moral

4.Bahasa Melayu

5.English Language

6.Perkembangan Fizikal

7.Perkembangan Sosioemosi

8.Perkembangan Kognitif

9.Perkembangan daya kreatif dan estetika.


Pengurusan,Pengendalian dan Pengelolaan Prasekolah

*Pemilihan kanak-kanak prasekolah

*Waktu persekolahan 7.45 Pagi -12.45 Tengahari

*Uniform sekolah:-

Kanak-kanak lelaki

Baju kemeja ungu

Seluar panjang biru gelap

Kanak-kanak perempuan:-

Baju kurung ungu

kain warna biru gelap


Program -program yang dijalankan:-

*Kaedah Cepat Membaca

*You Can Read,Sunshine and TB KINDS English Language

*Pintar Al- Quran

*Husna Mental Arithmetic